Bomba bantu pindah lelaki obesiti untuk rawatan

23 Mac 2026, 7:41 AM
Bomba bantu pindah lelaki obesiti untuk rawatan
Bomba bantu pindah lelaki obesiti untuk rawatan

SHAH ALAM, 23 MAC: Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh membantu memindahkan seorang lelaki obesiti untuk mendapatkan rawatan lanjut dari rumahnya di Jalan Kenyalang 11/7B, di Kota Damanasara, semalam.

Komander Operasi, PBK I Shahrul Azlan Erahim memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung khidmat khas membantu mangsa obesiti pada jam 12.13 tengah hari sebelum sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama anggota digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki dewasa berusia 39 tahun memerlukan bantuan untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan lanjut," maklumnya di Facebook.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian melakukan kerja-kerja mengangkat dan memindahkan mangsa dengan selamat sebelum diserahkan kepada ambulans Hospital Thomson Kota Damansara untuk tindakan seterusnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1 petang dan jentera bersama anggota kembali ke balai," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.