Transformasi ETD Hospital Sungai Buloh lonjak kepuasan pesakit ke 4.7 bintang

23 Mac 2026, 7:00 AM
Transformasi ETD Hospital Sungai Buloh lonjak kepuasan pesakit ke 4.7 bintang

SHAH ALAM, 23 MAC: Transformasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Sungai Buloh berjaya meningkatkan pengalaman pesakit dengan ketara, susulan naik taraf fasiliti dan penambahbaikan perkhidmatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara penambahbaikan utama termasuk penyediaan Discharge Lounge yang lebih selesa serta naik taraf Kaunter Pendaftaran Zon Hijau yang lebih mesra pesakit.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja memudahkan urusan pesakit malah melancarkan aliran kerja petugas kesihatan.

“Hasilnya, tahap kepuasan pesakit meningkat dengan ketara apabila penarafan Google melonjak daripada purata 3.0 kepada 4.7 dalam tempoh tiga bulan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan ETD hospital berkenaan atas komitmen meningkatkan kualiti perkhidmatan, selain menegaskan usaha memperkukuh pengalaman pesakit akan terus dipertingkat di fasiliti kesihatan seluruh negara.

"Syabas kepada seluruh pasukan ETD Hospital Sungai Buloh atas komitmen tinggi dalam meningkatkan Patient Experience," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.