KOTA BHARU, 1 JUN: Dua individu dipercayai terlibat dalam kes serangan asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas boleh dipanggil semula untuk membantu siasatan sekiranya diperlukan.
KUCHING, 1 JUN: Seorang lelaki maut manakala lima rumah teres musnah dalam dua kebakaran di Bintulu pagi ini.
KUALA LUMPUR, 31 MEI: Taktik licik seorang lelaki warga India yang menjadi buruan kerajaan negara itu akhirnya terbongkar apabila dia dicekup polis ketika bersembunyi di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi 13 Mei lalu.
KUALA LUMPUR, 31 MEI: Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati di sini Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Tiga lagi individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star.
JOHOR BAHRU, 30 MEI: Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan RM10,000, lima tahun lepas.
SHAH ALAM, 30 MEI: Polis sedang mengesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian pecah masuk di sebuah sekolah rendah agama swasta di Bukit Jelutong, dekat sini melibatkan kerugian sebanyak RM1,600.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Premis yang dipercayai menempatkan ribuan pendatang tanpa izin di Selayang Utara, dekat sini diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Kachi malam tadi dengan 225 premis kediaman dan perniagaan diperiksa.
JOHOR BAHRU, 29 MEI: Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang warga tempatan selepas menggempur sebuah banglo di Batu Pahat yang disyaki dijadikan sarang sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebuah taska di Taman Danau Kota di sini diarah tutup susulan kes kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan Isnin lalu.
SHAH ALAM, 29 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menahan lima lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel diperoleh melalui kemudahan fleet card bersubsidi di sini, semalam.
SEGAMAT, 29 MEI: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia sembilan tahun maut apabila kenderaan dinaiki enam sekeluarga itu, terbabas dan terjunam ke gaung di Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Polis menahan 30 individu termasuk seorang warga China dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak, di sini hari ini kerana disyaki terlibat aktiviti pusat panggilan perjudian dalam talian.
SHAH ALAM, 28 MEI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 83 pendatang asing tanpa izin termasuk kekasih warga Myanmar dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan barang di Alam Megah, Seksyen 27 di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota di sini Isnin lalu, disahkan akibat tersedak susu.
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Tiga lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan menyimbah cat di bahagian luar sebuah rumah milik seorang individu, dua bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas 20 dron bagi kegunaan pertanian dianggarkan bernilai RM1.56 juta yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Utara, Klang.
KOTA BHARU, 27 MEI: Polis percaya empat suspek yang terlibat dalam kes penculikan dan pemerasan terhadap seorang pemilik kedai emas di Palekbang, Tumpat, baru-baru ini merupakan anggota kumpulan penjenayah aktif di negeri ini.
SEPANG, 27 MEI: Lima anggota polis termasuk dua berpangkat sarjan dan tiga berpangkat koperal, menjadi dalang kepada kegiatan mencuri kabel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak setahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.