Kes ingkar titah Sultan Selangor: Kertas siasatan diserah kepada TPR

8 Mei 2026, 3:30 AM
Kes ingkar titah Sultan Selangor: Kertas siasatan diserah kepada TPR

SHAH ALAM, 8 MEI: Kertas siasatan kes seorang lelaki yang didakwa ingkar titah Sultan Selangor berhubung pelaksanaan solat Jumaat di Surau Taman Saraya, Ampang telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan terhadap suspek berusia 46 tahun itu telah dilengkapkan, lapor Kosmo!.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR Selangor untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, siasatan setakat ini mendapati kes berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur luar, sebaliknya berpunca daripada faktor dalaman suspek.

Beliau berkata hanya seorang individu terlibat dan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan awal mendapati tindakan suspek dipercayai didorong rasa tidak puas hati berhubung kesesakan jalan raya ketika pelaksanaan solat Jumaat di kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.