BANDARAYA GAZA, 18 MAC: Kementerian Kesihatan Gaza menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain institusi antarabangsa supaya menghentikan operasi ketenteraan Israel di kawasan Hospital Al-Shifa yang mengorbankan pesakit, pelarian dan petugas perubatan.
GAZA, 18 MAC: Bandar di utara Gaza, Jabalia menerima penghantaran bantuan pertamanya dalam tempoh kira-kira empat bulan, menurut beberapa sumber pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
ISTANBUL, 17 MAC: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Semenanjung Gaza dilanda malapetaka dan tiada perkataan yang dapat menggambarkannya, menurut seorang jururawat Doktor Tanpa Semapadan (MSF) yang berkhidmat di utara Gaza.
ANKARA, 16 MAC: Terdapat bukti bahawa Israel menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
ABU DHABI, 16 MAC: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan ketibaan kapal pertama yang membawa 200 tan bekalan makanan dan bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
ISTANBUL, 16 MAC: Sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh Israel ke atas pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rafah, Gaza pada 13 Mac.
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.
BANDARAYA GAZA, 14 MAC: Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wiayah terkepung itu pada Khamis.
RAMALLAH, 13 MAC: Angka kecederaan kalangan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Oktober 2023.
MOSCOW, 13 MAC: Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel, kata PCRS, lapor Sputnik.
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing.
GAZA, 10 MAC: Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah terkepung itu.
BANDARAYA GAZA, 10 MAC: Angka kematian rakyat Palestin akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak 7 Okt lepas telah meningkat kepada 25 orang.
WASHINGTON, 9 MAC: Lima kanak-kanak Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dihempap bungkusan bantuan yang digugurkan dari udara oleh negara tidak dikenal pasti dalam satu kejadian di Gaza semalam.
BANDARAYA GAZA, 9 MAC: Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Jumaat malam.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan susulan serangan tanpa henti tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza yang kini memasuki bulan kelima.
BANDARAYA GAZA, 8 MAC: Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Oktober lalu, menurut pejabat media Gaza, lapor Agensi Anadolu.
WASHINGTON, 8 MAC: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan rakan kongsinya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pantai Semenanjung Gaza dalam usaha menyampaikan bantuan tambahan kepada orang awam di wilayah terkepung itu, menurut seorang pegawai kanan kerajaan AS di sini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.