AGENDA

Gempa bumi: 1,002 maut, 2,376 cedera, 30 hilang di Myanmar

29 Mac 2025, 6:30 AM
Gempa bumi: 1,002 maut, 2,376 cedera, 30 hilang di Myanmar

MANDALAY (Myanmar), 29 MAC: Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat hari ni, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu semalam, menurut pasukan penerangan berkenaan.

Laporan rasmi menyatakan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik. Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.

Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat giat dijalankan.

- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.