AGENDA

Gempa bumi Myanmar: 144 terbunuh, 732 cedera takat malam tadi

29 Mac 2025, 12:56 AM
Gempa bumi Myanmar: 144 terbunuh, 732 cedera takat malam tadi

YANGON, 29 MAC: Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu semalam, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata jumlah korban termasuk 96 dari ibu negara Nay Pyi Taw, 18 dari Sagaing dan 30 dari Kyaukse, menurut laporan itu.

Beliau berkata mereka yang cedera termasuk 432 dari Nay Pyi Taw dan 300 dari Sagaing.

Menurut beliau, banyak bangunan mengalami kerosakan, dan operasi menyelamat masih dijalankan.

Min Aung Hlaing turut meminta bantuan masyarakat antarabangsa, menurut laporan itu.

- BERNAMA-XINHUA