AGENDA

Raja Jordan titah tindakan segera hentikan serangan Israel ke atas Palestin

23 Mac 2025, 6:39 AM
Raja Jordan titah tindakan segera hentikan serangan Israel ke atas Palestin

AMMAN, 23 MAC: Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer semalam.

Baginda menekankan kepentingan menyambung semula bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi mengelakkan situasi kemanusiaan yang sudah pun kritikal daripada menjadi lebih buruk.

Raja Abdullah turut mengulangi pendirian tegas Jordan menentang pengusiran paksa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Selain itu, baginda bertitah bahawa terdapat risiko besar yang timbul akibat serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat serta pelanggaran berterusan ke atas tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.