KLANG, 25 MAC: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang merekodkan kutipan premium tanah dan permit sebanyak RM119.7 juta setakat 28 Februari lalu, sekali gus melebihi 41 peratus sasaran ditetapkan negeri tahun ini.
SHAH ALAM, 25 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidilfitri selama empat hari bermula hari ini.
PELAJAR TERJEJAS BANJIR TIDAK PERLU PAKAI UNIFORM KE SEKOLAH KLUANG, 21 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah, susulan kebanyakannya tidak membawa pakaian itu ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan...
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Tayangan dua filem yang menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) telah disekat susulan kegagalan pihak penerbitan membayar gaji kru produksi, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
KUANTAN, 21 MAC: Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Felda Chini Timur, Pekan, dimasuki empat lelaki berpelitup muka hitam dan bersenjatakan pisau, semalam.
CHUKAI, 21 MAC: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM1.836 bilion sebagai Perbelanjaan Pembangunan di Terengganu bagi tahun ini.
SUBANG JAYA, 21 MAC: Kerajaan Negeri menanggung subsidi sebanyak RM376,000 untuk menjayakan program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri selama sembilan hari di 25 lokasi pada tahun ini.
SHAH ALAM, 21 MAC: Satu lagi pembangunan berkonsep hab komuniti moden di Seksyen 14, di sini bakal dibuka menjelang suku ketiga tahun ini sekali gus merangsang ekonomi setempat.
KUALA KANGSAR, 21 MAC: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis hari ini berhubung penghinaan terhadap Islam dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial.
SHAH ALAM, 21 MAC: Rasul, nabi, para syuhada dan mereka yang benar dan jujur tergolong dalam kategori muqarrabun iaitu golongan akan mendapat ganjaran besar ketika hari kiamat.
KAJANG, 21 MAC: Universiti Islam Selangor (UIS) meraikan lebih 100 golongan orang kurang upaya (OKU), autisme dan komuniti pelbagai agama dalam majlis berbuka puasa di Auditorium Mohd Adanan Isman, UIS di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ejen di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan selepas dipercayai menerima rasuah untuk mendapatkan nombor giliran bagi mempercepat proses pemeriksaan tanpa mengikut peraturan sah.
SHAH ALAM, 21 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di 10 lokasi pada Sabtu dan Ahad.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Keputusan mengenai penglibatan dua pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya dalam aksi pembukaan Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, bergantung kepada pertimbangan barisan kejurulatihan.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak meningkat setakat 4 petang ini, manakala di Sabah semakin baik.
SEPANG, 21 MAC: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar 24 Mac, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GOMBAK, 20 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagih lebih 1,500 bubur lambuk dan kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan Taman Melawati di Hulu Kelang hari ini.
SHAH ALAM, 20 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 10 malam.
PUTRAJAYA, 20 MAC: Proses merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau disambung Isnin depan.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.