SHAH ALAM, 15 JAN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan kod kuning susulan insiden air sungai berwarna merah jambu dikesan di Sungai Kabul, Beranang dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Seorang wanita dan dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin selepas sebuah rumah yang dijadikan tempat transit di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, diserbu malam tadi.
REMBAU, 15 JAN: Tiga maut enam parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), di sini pagi tadi.
SHAH ALAM, 14 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu (KKB) akan memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan dan pusat kebudayaan di kawasan itu tahun ini.
SHAH ALAM, 14 JAN: Platform Selangor (PLATS) akan ditawar kepada mahasiswa negeri ini yang sudah memiliki perniagaan bagi mempromosikan produk sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.
NIBONG TEBAL, 14 JAN: Seramai 23 penumpang cedera apabila bas persiaran terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengarahkan sebuah bengkel cat haram di Jalan Kapar ditutup susulan aduan pencemaran bau.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor berkurang kepada 2,498 orang berbanding 2,584 malam tadi manakala di Perak dan Sarawak kekal.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 14 JAN: Cadangan Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik sekali guna Jumaat hingga Ahad dipuji sebagai usaha penting mengurangkan penghasilan sisa plastik. Presiden Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (Ecomy) berkata langkah itu...
KUALA TERENGGANU, 14 JAN: Jumlah mangsa yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu meningkat kepada 299 setakat 8 pagi ini berbanding 80 dilaporkan semalam.
SEREMBAN, 14 JAN: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.
KOTA BHARU, 11 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Setelah hampir tujuh tahun sejak dimansuhkan pada 2018, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
KUALA SELANGOR, 11 JAN: Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
KUALA SELANGOR, 11 JAN: Program Pembangunan Tanaman Bawang yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan pengurangan 30 peratus import bahan makanan asas itu menjelang 2030.
BANDARAYA GAZA, 11 JAN: Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian semalam.
SHAH ALAM, 11 JAN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian pusat beli-belah Elmina Lakeside Mall (ELM) serta Elmina Outdoor Sculpture Museum (EOSM).
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti tular di media sosial.
SHAH ALAM, 11 JAN: Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Januari lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.