ad
AGENSI

PLATS Siswa diperkenal, bimbing ilmu niaga, 100 usahawan perintis

14 Jan 2025, 7:00 AM
PLATS Siswa diperkenal, bimbing ilmu niaga, 100 usahawan perintis
PLATS Siswa diperkenal, bimbing ilmu niaga, 100 usahawan perintis

SHAH ALAM, 14 JAN: Platform Selangor (PLATS) akan ditawar kepada mahasiswa negeri ini yang sudah memiliki perniagaan bagi mempromosikan produk sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata inisiatif PLATS Siswa itu akan bermula di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan sasaran 100 usahawan dalam kalangan anak Selangor.

“Ini merupakan projek rintis sebelum kita perluaskan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) lain. UiTM juga ada pusat usahawan di mana pelajar mereka sudah terlibat lebih awal dalam perniagaan kampus.

“Menerusi PLATS Siswa, selain mempromosi produk jualan mereka, pelajar turut diberi bimbingan termasuk kursus digital, pengurusan akaun selain permohonan sijil halal,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_674298" align="alignleft" width="351"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis perasmian Hari Terbuka MADANI Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana di Plaza Shah Alam pada 21 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata pelajar yang menyertai program berkenaan akan menerima manfaat sama dengan peserta PLATS lain.

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April 2022 melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).

Setakat Oktober tahun lalu, seramai 40,000 peniaga melibatkan semua produk niaga sudah menyertai platform berkenaan dan Kerajaan Negeri menyasarkan 50,000 peniaga menyertainya menjelang 2026.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.