SHAH ALAM, 5 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi esok.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Malaysia memperhebatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan siber menerusi kerjasama strategik dengan beberapa negara asing dalam proses ekstradisi dan Triti Ekstradisi.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.
GEORGE TOWN, 5 MAC: Pekerja penyelenggaraan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini, semalam.
Oleh Dewi Abdul Rahman SABAK BERNAM, 5 MAC: Kerajaan Selangor akan mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) tambahan kepada penjawat awam dan Ahli Dewan Negeri (ADN) 19 Mac ini. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat EXCO pagi...
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Januari lalu, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
SHAH ALAM, 5 MAC : Orang ramai yang ingin berinfak boleh membeli bakul makanan jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sempena Ramadan tahun ini.
NILAI, 5 MAC: Penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hanif Zakaria mencipta sejarah bagi universiti itu apabila terpilih menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre di Auckland, New Zealand dari 2 hingga 26 Mac ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Kerajaan menyalurkan RM40 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan projek penyelenggaraan 302 sistem telaga tiub di sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak tahun ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Malaysia kini sedang merangka kerjasama dengan negara sepemikiran serta pihak berkepentingan, bagi meneroka kerjasama dalam bidang kritikal terutamanya perubatan, pendidikan serta pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur asas di Gaza.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Sebanyak 337 aduan konflik hidupan liar di Gua Musang, Kelantan, diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Sejumlah 35,368 kes penipuan melibatkan kerugian RM1.6 bilion dilaporkan tahun lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
PUTRAJAYA, 3 MAC: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memaparkan nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang insiden.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini dalam usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.
PETALING JAYA, 3 MAC: Bandar raya Petaling Jaya sekali lagi diiktiraf sebagai Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini.
PUTRAJAYA, 3 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyita 61 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM15 juta berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram.
SHAH ALAM, 3 MAC: Proses perobohan Stadium Shah Alam mencapai kemajuan 78 peratus setakat ini, lebih awal daripada sasaran ditetapkan, maklum Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru, Kuantan, yang tabah menyara keluarga walaupun meraih pendapatan tidak menentu sekitar RM1,300 sebulan.
SHAH ALAM, 3 MAC: Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang bakal menjadi hala tuju baharu pembangunan negeri mulai 2026 akan dibentang tahun depan, maklum Dato’ Menteri Besar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.