SHAH ALAM, 14 APRIL: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diwujud bagi mengelak kebergantungan dengan Rancangan Malaysia sekali gus menjadikan negeri kekal maju dan berdaya saing.
PUTRAJAYA, 14 APRIL: Harga kawalan maksimum bagi benih padi sah (BPS) di bawah Insentif Benih Padi Sah akan diselaraskan kepada RM52 di peringkat borong dan RM56 bagi runcit per kampit 20 kilogram (kg) di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa esok.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Polis sudah merakam keterangan 186 saksi dalam siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia apabila muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.
SUBANG JAYA, 13 APRIL: Lebih 500 tan sampah pukal dikeluarkan KDEB Waste Management (KDEBWM) di lokaliti perumahan terjejas kejadian letupan saluran gas di Putra Heights sejak minggu lalu.
Oleh: MUHAMMAD REY HAZRIELL TAMAN MEDAN, 13 APRIL: Lebih 3,000 penduduk pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya anjuran Pegawai Penyelaras DUN Taman Medan, Halimey Abu Bakar di Dataran Anak Muda PJS1. Majlis itu bukan sahaja menghidangkan pelbagai juadah tradisional seperti...
SHAH ALAM, 13 APRIL: Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan baik pulih kediaman serta menyelesai urusan sewaan rumah mangsa terjejas kebakaran paip gas di Putra Heights.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Situasi banjir di Selangor pulih sepenuhnya apabila kesemua 218 mangsa daripada 63 keluarga dibenarkan pulang manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit dan di Johor pula berkurangan pada petang ini.
KUALA LUMPUR, 13 APIL: Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden Kebakaran saluran paip gas: PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup hari ini di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.
SANDAKAN, 13 APRIL: Kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat 31.3 peratus kepada 6.7 juta orang bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
SEPANG, 13 APRIL: Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke Cyberjaya di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.
SUBANG JAYA, 13 APRIL: Wakil rakyat Kota Kemuning mengadakan sesi townhall dengan mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights bagi menyantuni dan meneliti keperluan mereka dalam fasa pemulihan pasca bencana.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara oleh Presiden China Xi Jinping ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa ini.
SHAH ALAM, 13 APRIL: Sebanyak 620 telefon bimbit diagih kepada setiap keluarga yang terkesan insiden letupan saluran gas Petronas di Putra Heights 1 April lalu.
SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 4,600 kakitangan Kerajaan Negeri dan sukarelawan pelbagai agensi menyertai gotong-royong pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru.
GAZA, 12 APRIL: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram.
SHAH ALAM, 12 APRIL: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menyalurkan bantuan tunai kepada mangsa yang terkesan dalam kejadian ribut di Kampung Melayu Subang 6 April lalu.
BACHOK, 12 APRIL: Kerajaan MADANI tidak pernah menganaktirikan pemberian peruntukan untuk negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
JASIN, 12 APRIL: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya berumur enam tahun, yang tersepit rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.