KUALA LUMPUR, 13 APIL: Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden Kebakaran saluran paip gas: PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup hari ini di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.
Pegawai Daerah Petaling yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata 210 mangsa daripada 60 keluarga mula mengosongkan PPS berkenaan sejak pagi tadi dengan mangsa terakhir meninggalkan PPS pada 2 petang.
"Alhamdulillah hingga hari ini kesemua mangsa terlibat iaitu 613 keluarga sudah pulang ke kediaman masing-masing.
"Bagi mangsa yang kediaman mereka musnah, ada yang berpindah ke rumah sewa dan perumahan Airbnb yang ditaja Kerajaan Negeri selain mereka turut menerima bantuan barangan asas kehidupan seperti beras selama sebulan," katanya ketika ditemui di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini.
Pada masa sama, Huzunul Khaidil turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang melancarkan proses pemindahan penduduk di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
PPS Dewan Camelia MBSJ yang menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga ditutup 9 April lalu setelah bantuan ditawarkan kerajaan Selangor mula disalurkan selain beberapa keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
- BERNAMA
[caption id="attachment_696518" align="aligncenter" width="1275"]
Petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengemas peralatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Subang Jaya yang ditutup pada 13 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]








