ad
ADN

Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir

13 Apr 2025, 8:45 AM
Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir
Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir
Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir
Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir
Kebakaran paip gais: Keperluan mangsa diutamakan, pastikan tiada tercicir

SUBANG JAYA, 13 APRIL: Wakil rakyat Kota Kemuning mengadakan sesi townhall dengan mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights bagi menyantuni dan meneliti keperluan mereka dalam fasa pemulihan pasca bencana.

Menurut S Preakas, ia bagi memastikan proses pemulihan pasca bencana dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memastikan mereka yang layak menerima bantuan tidak tercicir dan disantuni sewajarnya.

Jelasnya antara isu dibangkit termasuk penduduk di Taman Putra Harmoni meminta maklumat jelas dan terperinci berhubung pemulihan bencana dan proses pembinaan semula rumah mereka yang musnah dalam insiden itu selain bantuan awal yang layak diterima.

“Dari sesi ini, kita dengar pelbagai isu, seperti bagaimana proses pemberian bantuan awal, pembahagian rumah dan jaminan kembali semula ke rumah dengan selamat. Ada isu beberapa rumah terjejas tetapi tidak menerima bantuan awal, ada rumah dikategorikan sebagai ‘total lost’ tetapi tidak terima bantuan awal, apa sebab tercicir.

[caption id="attachment_696499" align="alignleft" width="538"] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S Preakas bercakap kepada media selepas sesi soal jawab bersama mangsa kebakaran paip gas ketika tinjauan di Dewan Camelia Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ia dibangkitkan kepada saya supaya saya boleh bawa perkara ini kepada Kerajaan Negeri dan persekutuan. Saya ambil semua maklumat ini dan akan panjangkan kepada perbincangan dengan Kerajaan Negeri esok untuk terus membantu mangsa dalam situasi sulit ini,” katanya ditemui selepas sesi pertemuan itu.

Sementara itu, Pengurus Jualan Lau Cheng Chew, 53, berkata pemulihan emosi dan psikososial terutama bagi mangsa yang masih dirawat di hospital amat mustahak ketika ini, bagi memulihkan keadaan psikologi mereka yang rapuh susulan tragedi itu.

[caption id="attachment_696502" align="alignright" width="593"] Pengurus Jualan Lau Cheng Chew, 53. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya rasa pertolongan untuk bantuan kaunseling emosi itu perlu, kalau boleh disegerakan sebab bila saya lawat mereka, ada menangis. Ada juga bila dengar bunyi jadi fobia, terperanjat dan cuba nak lari.

“Kawasan kami antara yang terdekat dengan tempat kejadian. Buat masa ini kira-kira 20 orang masih di hospital. Ada yang perlu melalui pembedahan sehingga empat kali. Jadi kami harap agensi berkenaan dapat beri sokongan moral kepada mereka di hospital ini, sebab ramai risau. Rumah tiada, ada kecederaan dan emosi juga terganggu,” katanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Pritha berkata sesi perjumpaan dengan wakil rakyat berkenaan sekurang-kurang membantu mereka mendapatkan maklumat lebih lanjut dan jelas berhubung proses seterusnya untuk mereka meneruskan kehidupan seperti sediakala.

[caption id="attachment_696503" align="alignleft" width="491"] Pritha ditemui pada sesi penerangan kepada mangsa kebakaran paip gas di Dewan Camelia Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya melaksanakan tiga fasa utama bagi memulihkan kawasan terjejas kebakaran itu yang kini telah memasuki fasa pemulihan.

Menurutnya, fasa pertama adalah kerja penyelamatan yang telah selesai, fasa kedua melibatkan pemulihan dan fasa ketiga dianggap peringkat paling sukar iaitu pembinaan susulan terdapat 219 rumah terjejas dengan 81 daripadanya musnah sepenuhnya dan memerlukan pembaikan segera.

[caption id="attachment_696500" align="aligncenter" width="1320"] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S Preakas memberi penerangan kepada mangsa kebakaran paip gas ketika tinjauan di Dewan Camelia Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.