Oleh: MUHAMMAD REY HAZRIELL
TAMAN MEDAN, 13 APRIL: Lebih 3,000 penduduk pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya anjuran Pegawai Penyelaras DUN Taman Medan, Halimey Abu Bakar di Dataran Anak Muda PJS1.
Majlis itu bukan sahaja menghidangkan pelbagai juadah tradisional seperti lemang, rendang, sate dan kuih-muih, malah turut menjadi medan untuk memperkukuhkan silaturahim.
Puluhan gerai makanan menambahkan suasana meriah dengan aroma masakan yang membangkitkan selera pengunjung dari pelbagai latar belakang.
Kanak-kanak bawah 15 tahun juga tidak dilupakan apabila mereka menerima duit raya dalam suasana gelak tawa.
“Majlis ini bukan sekadar untuk beraya, tetapi juga merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat serta mengeratkan perpaduan sesama kaum,” kata Halimey Abu Bakar.
Persembahan nyanyian lagu dan aktiviti komuniti turut diadakan sepanjang program, menjadikan ia lebih bermakna dan menarik untuk semua peringkat usia.
Sambutan dan sokongan padu daripada penduduk membuktikan semangat Aidilfitri mampu menjadi jambatan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat.
[caption id="attachment_696557" align="aligncenter" width="1176"] Penyelaras DUN Taman Medan, Halimey Abu Bakar menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya di Dataran Anak Muda PJS 1, Petaling Jaya pada 13 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_696558" align="aligncenter" width="1056"] Lemang antara juadah utama pada Majlis Rumah Terbuka Gempak Raya di Dataran Anak Muda PJS 1, Petaling Jaya pada 13 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]