MPKL keluar notis premis simpan tayar berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk

29 Nov 2026, 7:03 AM
MPKL keluar notis premis simpan tayar berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk
MPKL keluar notis premis simpan tayar berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk
MPKL keluar notis premis simpan tayar berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk

SHAH ALAM, 29 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan Notis Kesalahan dan Notis Pemberitahuan kepada penyewa sebuah premis penyimpanan tayar jentera berat di Jalan Klang-Banting, Kampung Jenjarom selepas mendapati kawasan itu berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pemeriksaan pada 25 November lalu menemukan timbunan tayar yang menakung air, selain kawasan penyimpanan tidak terurus dan gagal diselenggara dengan baik.

Menurut MPKL, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), manakala penyewa diarahkan membersihkan kawasan terbabit serta menghapuskan semua tempat berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk dengan segera.

“Kawasan berkenaan turut diarahkan dibersihkan, dan semua tempat yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk dihapuskan serta-merta,” menurut kenyataan MPKL menerusi Facebook.

MPKL turut mengingatkan pemilik dan pengusaha premis supaya tidak membiarkan timbunan tayar atau bekas yang boleh menakung air sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pengusaha juga perlu memastikan kawasan penyimpanan sentiasa bersih dan diselenggara bagi mengelakkan pembiakan serangga pembawa penyakit.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.