Buang sampah dalam longkang, MPKL keluar notis kesalahan

26 Nov 2026, 3:24 AM
Buang sampah dalam longkang, MPKL keluar notis kesalahan
Buang sampah dalam longkang, MPKL keluar notis kesalahan

SHAH ALAM, 26 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kesalahan kepada penyewa dan pemilik rumah di sebuah kawasan perumahan sekitar Banting kerana membuang sampah di tempat awam.

Tindakan itu susulan pemeriksaan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) kelmarin.

Pemeriksaan berkenaan dijalankan berhubung aktiviti pembuangan sampah di longkang dan lorong belakang rumah.

MPKL menerusi kenyataan memaklumkan pemeriksaan mendapati terdapat sisa plastik dan makanan di dalam longkang.

"Sisa berkenaan dipercayai dibuang oleh penghuni rumah terbabit.

"Susulan itu, notis kesalahan dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MDKL 1994," katanya menerusi Facebook.

Pihak terbabit turut diarahkan menghentikan aktiviti pembuangan sampah di longkang serta-merta.

Arahan sama turut meliputi aktiviti pembuangan sampah di lorong belakang rumah.

Sementara itu, MPKL mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan awam dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkenaan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.