Pemilik rumah bersemak dihadapkan ke mahkamah, saman dibatalkan

25 Nov 2026, 8:30 AM
Pemilik rumah bersemak dihadapkan ke mahkamah, saman dibatalkan

KUALA LANGAT, 25 NOV: Seorang pemilik rumah berusia lewat 50-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini kerana membiarkan kediamannya kotor dan dipenuhi semak samun sehingga menyebabkan kacau ganggu.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan individu terbabit didakwa mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Mengikut fakta kes, individu berkenaan didakwa membiarkan rumah dan tanah miliknya di Jalan Galaksi 2/12, Bandar Mahkota, Banting dalam keadaan tidak bersih serta diliputi tumbuh-tumbuhan rimbun.

Bagaimanapun, Majistret Maslinda Selamat membenarkan permohonan individu terbabit untuk menarik balik saman selepas dimaklumkan bahawa kompaun berkaitan sudah dijelaskan kepada MPKL.

Susulan itu, saman terhadap pemilik kediaman berkenaan dibatalkan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dengan dibantu Ahmad Razali Abdul Manaf.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.