Ribut petir, hujan lebat landa empat daerah di Selangor hingga 7 malam

28 Nov 2026, 8:00 AM
Ribut petir, hujan lebat landa empat daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 28 NOV: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Berdasarkan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Sepang.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Kuantan dan Pekan di Pahang serta Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Bau dan Kuching, Sibu, Kapit dan Song, Lubok Antu dan Pantu, Marudi, Serian serta Tatau.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

“Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.