Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabak Bernam hingga 10 pagi

4 Nov 2026, 12:48 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabak Bernam hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 4 NOV: Daerah Sabak Bernam di Selangor diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah berkenaan antara kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk bersama beberapa lokasi di negeri lain.

Di Perak, amaran melibatkan Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan Timor Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, kawasan terjejas merangkumi Gua Musang di Kelantan, Kemaman dan Dungun di Terengganu serta Cameron Highlands di Pahang.

Di Sarawak, amaran melibatkan Pakan, Julau dan Maradong di Sarikei, selain Mukah, Sibu, Song di Kapit, Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran itu bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.