Amaran ribut petir di empat daerah Selangor hingga 4 petang

23 Okt 2026, 7:09 AM
Amaran ribut petir di empat daerah Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 23 OKT: Empat daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Amaran sama turut melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan dan Jerantut, manakala beberapa bahagian serta daerah di Sarawak dan Sabah turut disenaraikan dalam amaran berkenaan.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.