Amaran ribut petir seluruh Selangor hingga 6 petang

15 Nov 2026, 6:45 AM
Amaran ribut petir seluruh Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 15 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor serta beberapa negeri lain sehingga jam 6 petang ini.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak serta Sabah.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Yan, Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena.

Bagi Pulau Pinang, amaran meliputi daerah Timor Laut dan Barat Daya, manakala di Perak membabitkan Muallim, Bagan Datuk, Perak Tengah serta Hilir Perak.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Rembau, Port Dickson, Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah, sementara Melaka melibatkan daerah Alor Gajah.

Amaran di Sarawak pula melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei dan Serian, termasuk kawasan tertentu dalam bahagian berkenaan.

Di Sabah, amaran dikeluarkan bagi Kudat, beberapa kawasan di Pantai Barat dan Pedalaman serta Tawau.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.