Hujan lebat, ribut petir landa tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

23 Nov 2026, 9:10 AM
Hujan lebat, ribut petir landa tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 NOV: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh daerah di Selangor serta beberapa kawasan di lapan negeri lain sehingga jam 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling dan Gombak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kedah melibatkan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain seluruh Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim, Manjung dan Perak Tengah.

Sementara itu, amaran ribut petir di Kelantan membabitkan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat, selain seluruh Terengganu.

Peta amaran ribut petir MetMalaysia melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor hingga jam 7 malam, 23 November 2026. Foto Facebook MetMalaysia

Di Johor, cuaca buruk dijangka melanda Batu Pahat, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi dan Muar.

Amaran sama turut melibatkan Limbang di Sarawak serta Ranau dan Penampang di Pantai Barat Sabah, selain Tambunan, Beaufort dan Sipitang di kawasan pedalaman negeri itu.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.