Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini

28 Nov 2026, 5:29 AM
Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini
Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini
Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini
Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini
Banjir termenung: Kerajaan Selangor teliti bantuan tambahan, umum Rabu ini

KUALA SELANGOR, 28 NOV: Kerajaan Negeri akan meneliti bantuan tambahan kepada penduduk yang kediaman mereka dilanda banjir termenung di tiga kawasan iaitu Parit Mahang, Kampung Ijok dan Kampung Bukit Hijau di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bentuk bantuan tambahan kepada penduduk yang terjejas akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.

“Rabu nanti kita ada MMKN. Dalam MMKN kita nak lihat apa sokongan tambahan yang boleh diberikan khusus di kawasan yang bertakung ataupun termenung. Ada beberapa tempat yang termenung.

“Tiga kampung ini agak termenung. Kita juga tengok situasi di Bukit Changgang kalau situasi membaik dalam satu dua hari. Mungkin kita kena lihat apakah solusinya,” katanya ditemui selepas menyertai gotong-royong pasca banjir di Kampung Ijok hari ini.

Beliau berkata perbincangan turut diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi mengenal pasti langkah penyelesaian segera di peringkat Persekutuan.

“Semalam sebenarnya Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri, JPS dan sebagainya bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan ada beberapa langkah yang telah dipersetujui asasnya untuk peruntukan Persekutuan.

“Langkah itu saya rasa akan dapat dilaksanakan dengan segera. Kita ada dua atau tiga opsyen tapi kita akan ambil langkah yang paling segera dan yang berkesan untuk tangani masalah di sini iaitu di kawasan Parit Mahang, Kampung Ijok dan Kampung Bukit Hijau.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan meneliti dua aspek utama, iaitu pelaksanaan infrastruktur segera dan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemui media selepas program gotong-royong pasca banjir di Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor pada 28 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

“Ada dua aspek. Satu infrastruktur yang segera dan berkesan yang kedua sokongan. Itulah bantuan yang diberikan. Kita lihat kesesuaian. Mungkin kewangan ataupun barangan yang diperlukan tapi kalau nak cepat mungkin kewangan. Tapi Rabu nanti saya akan maklumkan selepas MMKN,” katanya.

Dalam pada itu, katanya keputusan berhubung pembekuan cuti anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) akan turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, Amirudin menyertai kira-kira 400 petugas dan sukarelawan daripada pelbagai agensi, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan serta penuntut universiti membantu kerja pembersihan pasca banjir di tiga lokaliti berkenaan.

Jelasnya, bantuan pembersihan turut memberi keutamaan kepada kediaman golongan rentan, khususnya warga emas dan individu kurang upaya yang tidak berkemampuan menguruskan kerja pembersihan sendiri susulan kerosakan serta sisa banjir di rumah masing-masing.

“Sebahagian daripada penduduk dua hari lepas sudah mula beransur-ansur pulang ke rumah.

“Jadi kita nak bersihkan sisa bahan buangan daripada banjir dan ada juga dalam kalangan warga emas yang tidak berkeupayaan, kita bantu. Saya sendiri lihat dari satu rumah, usahawan yang pernah kita bantu, habis semuanya, anaknya pun agak kurang upaya. Kita bantu bersihkan,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata lebih 350 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Parit Mahang, Kuala Selangor menerima bantuan keseluruhan RM3,000 setiap keluarga setakat 24 November.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi sumbangan RM500 daripada Kerajaan Negeri kepada mangsa yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dua unit pam air tambahan dipasang di sekitar Kampung Parit Mahang dan Kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor bagi mempercepatkan proses pengaliran air banjir.

Menurutnya, langkah itu susulan tinjauan mendapati kedua-dua kawasan berkenaan masih berdepan masalah air banjir termenung yang mengganggu keselesaan serta urusan harian penduduk.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.