MAIS salur bantuan kepada 20 keluarga mangsa banjir di Ijok

26 Nov 2026, 6:35 AM
MAIS salur bantuan kepada 20 keluarga mangsa banjir di Ijok
MAIS salur bantuan kepada 20 keluarga mangsa banjir di Ijok

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 20 keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Harmoni, Ijok menerima sumbangan barangan keperluan makanan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), semalam.

Sumbangan menerusi peruntukan Maslahah Umum Baitulmal MAIS itu disampaikan Pengerusi MAIS, Senator Dato' Setia Salehuddin Saidin ketika mengadakan lawatan pasca banjir ke kampung berkenaan.

Lawatan itu bertujuan meninjau keadaan kediaman penduduk yang terjejas selain menyantuni mangsa serta memahami kesulitan dihadapi mereka selepas banjir.

Sementara itu, beliau turut melawat lima rumah penduduk yang mengalami kerosakan teruk bagi melihat sendiri keadaan kediaman serta mendengar permasalahan keluarga terbabit.

"Mangsa yang terjejas turut menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan bagi membantu memenuhi keperluan harian serta meringankan beban mereka.

“Manifestasi keprihatinan MAIS terhadap kebajikan masyarakat ini diharapkan dapat meringankan beban penduduk dalam meneruskan kehidupan pasca banjir,” menurut kenyataan MAIS di Facebook.

Selain itu, beliau turut melawat Masjid Darul Ibadah, Kampung Harmoni yang dirasmikan pada 2016 bagi meninjau keadaan fizikal masjid berkenaan yang dilaporkan mengalami masalah kebocoran bumbung.

MAIS turut menerima permohonan Ketua Kampung Harmoni bagi mendapatkan sumbangan untuk kerja pembaikan masjid itu yang akan diteliti dan dipertimbangkan bagi memastikan keselesaan jemaah serta kemudahan penduduk menunaikan ibadah.

Langkah itu mencerminkan komitmen MAIS dalam memperkasakan peranan Baitulmal sebagai instrumen kebajikan untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.