Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

27 Nov 2026, 8:08 AM
Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 27 NOV: Empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Gombak dijangka mengalami hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda seluruh Perlis, Kedah, Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman sesawang www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia atau aplikasi myCuaca.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.