Ribut petir, hujan lebat landa enam daerah di Selangor hingga 9 malam

24 Nov 2026, 10:00 AM
Ribut petir, hujan lebat landa enam daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 24 NOV: Enam daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan kawasan di Perak iaitu Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, cuaca buruk dijangka melanda Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Jerantut, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol.

Amaran itu turut meliputi Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian di Johor, selain beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.