Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang

24 Nov 2026, 6:54 AM
Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 24 NOV: Tujuh daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang.

Amaran sama turut melibatkan Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Peta amaran ribut petir yang dikeluarkan MET Malaysia melibatkan tujuh daerah di Selangor sehingga jam 5 petang, 24 November 2026. Grafik Facebook MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.