'Hotspot' banjir Selangor turun 200 kepada 50 lokasi, mitigasi jangka panjang diteruskan

26 Nov 2026, 5:42 AM
'Hotspot' banjir Selangor turun 200 kepada 50 lokasi, mitigasi jangka panjang diteruskan
'Hotspot' banjir Selangor turun 200 kepada 50 lokasi, mitigasi jangka panjang diteruskan
'Hotspot' banjir Selangor turun 200 kepada 50 lokasi, mitigasi jangka panjang diteruskan

SHAH ALAM, 26 NOV: Pelbagai langkah mitigasi banjir yang dilaksanakan Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan jumlah ‘hotspot’ banjir di Selangor daripada lebih 200 kepada lebih 50 lokasi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Izuan Kasim berkata penurunan itu membuktikan keberkesanan pelbagai usaha yang dilaksanakan secara berterusan untuk mengurangkan risiko banjir.

"Usaha menangani banjir perlu diteruskan memandangkan masalah itu sudah berulang sejak 1990-an dan memerlukan perancangan jangka panjang, selain tindakan segera bagi mengurangkan risiko kepada penduduk.

"Pendekatan menangani banjir perlu dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu jangka pendek menerusi pemasangan injap sehala, jangka sederhana melalui tambakan ban serta jangka panjang menerusi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)," katanya dalam Podcast Semak di saluran YouTube, semalam.

Mengulas lanjut, Izuan berkata peningkatan peruntukan Kerajaan Negeri bagi menangani banjir kepada RM100 juta berbanding RM50 juta hingga RM60 juta sebelum ini membuktikan komitmen berterusan dalam menangani isu tersebut.

"Kerajaan Persekutuan menerusi pentadbiran MADANI turut memberikan komitmen tambahan RM100 juta bagi memperkukuh usaha tebatan banjir di Selangor," katanya.

Beliau turut menyentuh permohonan peruntukan bagi projek RTB Sungai Damansara yang dikemukakan sejak sekian lama sebelum akhirnya mendapat kelulusan pada 2024.

Mengulas kelulusan Belanjawan Selangor 2027, Izuan berpandangan semua pihak wajar memberikan sokongan terhadap peruntukan yang membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat wakil rakyat mengambil pendirian berkecuali.

Menurutnya, usaha menangani banjir mungkin sukar diselesaikan sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor, namun pengurangan risiko dan impaknya kepada penduduk juga satu perkembangan positif yang perlu diteruskan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.