CCTV kesan buang sampah di rizab jalan, MPKL keluarkan lima notis kesalahan

13 Sep 2026, 12:00 PM

SHAH ALAM, 13 SEPT: Lima notis kesalahan dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas kegiatan pembuangan sampah secara haram dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rizab Jalan Haji Amin, Kampung Labohan Dagang.

Tindakan itu diambil Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL menerusi pemantauan CCTV serta penguatkuasaan di lokasi terbabit.

Menurut MPKL, kesemua notis berkenaan dikeluarkan susulan kesalahan membuang sampah di kawasan awam mengikut Undang-Undang Kecil 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MDKL 1994, menerusi kenyataan di Facebook.

MPKL menegaskan perbuatan membuang sampah di rizab merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, MPKL menggesa masyarakat bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan kawasan awam bagi memastikan persekitaran Kuala Langat kekal bersih, selamat dan selesa.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.