SHAH ALAM, 25 NOV: Empat stesen sungai di Selangor melepasi paras bahaya, manakala enam lagi berada pada tahap amaran setakat 11.45 pagi tadi, menurut data terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat merekodkan bacaan 4.74 meter (m), melebihi paras bahaya 4.2m sebanyak 0.54m, namun menunjukkan trend menurun.
Turut melepasi paras bahaya ialah Teluk Penyamun Jeti, Kuala Selangor dengan bacaan 6.255m berbanding paras 6.2m, serta Pintu Air Ijok yang mencatatkan 3.73m berbanding paras 3.7m.
Satu lagi stesen ialah Bukit Changgang (F2), Kuala Langat yang merekodkan bacaan 4.738m, melepasi paras bahaya 4.2m dan menunjukkan trend menurun.
Enam stesen sungai pada paras amaran ialah:
Kampung Asahan, Kuala Selangor – 2.902m
Jambatan Sempadan Sabak Bernam/Teluk Intan – 2.8m
Dengkil, Sepang – 7.3m
Kampung Labu Lanjut, Sepang – 5.726m
Dengkil (Sungai Langat Dengkil), Sepang – 7.154m
Pekan Meru (F2), Klang – 4.011m
Sementara itu, sembilan stesen lagi berada pada paras waspada, antaranya:
Rantau Panjang, Kuala Selangor – 5.66m
Parit Mahang, Kuala Selangor – 3.577m
Rimba KDR, Sabak Bernam – 1.71m
Batu 12, Hulu Langat – 41.55m
Taman Mas, Sepang – 2.433m
Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat – 2.23m
Pekan Meru, Klang – 3.95m
Kampung Perepat, Kapar – 0.72m
Seri Kembangan, Petaling – 37.032m
Dalam perkembangan sama, stesen JPS Hulu Langat merekodkan hujan sangat lebat sebanyak 61 milimeter (mm) pada 1.19 pagi, manakala Kampung Melayu Ampang mencatatkan hujan sederhana sebanyak 23.5mm pada 12.45 pagi.
JPS turut mengeluarkan isyarat bahaya di Kampung Batu 9, Kebun Baru, Sijangkang, Kuala Langat bermula 11.37 pagi, manakala isyarat amaran dikeluarkan di Jalan Sukepi, Sungai Rambai bermula 11.32 pagi.






