Hujan lebat, Pusat Komersial Seksyen 25 Shah Alam dinaiki air

24 Nov 2026, 12:40 PM
Hujan lebat, Pusat Komersial Seksyen 25 Shah Alam dinaiki air

SHAH ALAM, 24 NOV: Pusat Komersial Seksyen 25 di sini dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan kira-kira jam 3 petang tadi.

Susulan kejadian itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kerja pembersihan dilaksanakan KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko banjir kilat.

“Kerja pembersihan dilaksanakan bagi memastikan aliran air kembali lancar serta mengurangkan risiko kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan,” menurut MBSA menerusi hantaran di Threads hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Dato’ Ir. Mohd Nazri Yasmin berkata pam di kawasan terbabit beroperasi mengikut paras air yang ditetapkan.

Menurutnya, pam di parit Jabatan Kerja Raya (JKR) berhampiran AEON Bukit Raja serta di bawah Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bersebelahan Taman Rashna turut bersiap siaga sekiranya paras air meningkat.

“Selain itu, semua pam yang berada di parit JKR depan AEON Bukit Raja dan bawah WCE bersebelahan Taman Rashna juga sedia operasi jika aras parit jalan dan sungai meningkat.

“Namun buat masa ini tiada keperluan,” katanya kepada Media Selangor.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.