Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 8 malam

22 Nov 2026, 9:46 AM
Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 8 malam

SHAH ALAM, 22 NOV: Enam daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran sama turut melibatkan Kuala Lumpur dan Putarajaya.

Ramalan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.