MBSJ naik taraf saliran, kurangkan risiko banjir

24 Nov 2026, 10:00 AM
MBSJ naik taraf saliran, kurangkan risiko banjir

SUBANG JAYA, 24 NOV: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mempergiat kerja menaik taraf sistem saliran bagi mengurangkan risiko banjir kilat, khususnya di kawasan berisiko banjir (hotspot) sepanjang Monsun Timur Laut.

MBSJ memaklumkan antara lokasi yang menjalani kerja naik taraf sistem saliran ialah Jalan USJ 9/5, Subang Jaya dan Jalan Bandar 7, Taman Perindustrian Puchong.

“Antara kerja yang dilaksanakan termasuk menaik taraf sistem saliran sedia ada kepada longkang jenis U-drain dan box culvert, membaik pulih longkang monsun serta pemasangan longkang baharu.

“Usaha berterusan ini bertujuan meningkatkan kapasiti sistem saliran dan melancarkan aliran air bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan pentadbiran MBSJ,” katanya dalan kenyataan.

Keadaan sistem saliran di Jalan Bandar 7, Taman Perindustrian Puchong sebelum dan selepas kerja penambahbaikan bagi melancarkan aliran air. Foto Facebook MBSJ

MBSJ turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah ke dalam longkang dan saliran.

Dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan penduduk menghadapi musim Monsun Timur Laut, MBSJ turut memperkenalkan Sistem Pemantauan Paras Air secara masa nyata di 13 lokasi berisiko banjir dalam kawasan pentadbirannya.

Sistem yang boleh diakses menerusi portal https://pair.mbsj.gov.my itu menggunakan tiga tahap amaran iaitu kuning bagi status berjaga-jaga, oren (amaran) dan merah (bahaya).

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan MBSJ atau Pasukan PANTAS di talian 03-8024 7700 bagi sebarang aduan kecemasan dan bencana.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.