Empat premis ditutup, 19 notis dikeluarkan dalam operasi bersepadu MBSJ

12 Nov 2026, 2:23 AM

SHAH ALAM, 12 NOV: Empat premis perniagaan ditutup, manakala 19 Notis Tindakan Kesalahan (NTK) dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar Subang Mas dan Taman Pinggiran USJ, semalam.

MBSJ memaklumkan operasi itu turut menyaksikan pelbagai barangan disita, selain tindakan terhadap halangan di kawasan awam dan kenderaan buruk.

Menurutnya, antara kesalahan dikesan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen sah, melanggar syarat pelesenan, kesalahan berkaitan penggajian pekerja warga asing serta penggunaan ruang awam tanpa kebenaran.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis perniagaan, pematuhan syarat pelesenan serta tindakan terhadap pelbagai kesalahan di bawah undang-undang kecil dan peraturan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan MBSJ di Facebook.

Operasi pada 11 November itu melibatkan Ahli Majlis MBSJ Zon 5 Muhammad Afif Abdullah bersama beberapa jabatan dalaman pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Turut memberikan kerjasama ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

MBSJ menegaskan pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi peraturan ditetapkan, selain mengelakkan penyalahgunaan ruang awam.

Langkah itu juga bertujuan memastikan persekitaran bandar kekal teratur, selamat dan kondusif demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.