Operasi bersepadu Bandar Sunway, 17 warga asing ditahan

18 Nov 2026, 8:00 AM
Operasi bersepadu Bandar Sunway, 17 warga asing ditahan

SHAH ALAM, 18 NOV: Seramai 17 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di sekitar kawasan komersial Lagoon Perdana, Bandar Sunway, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan operasi di sekitar PJS 9/1A dan PJS 9/1B itu turut menyaksikan 96 notis kesalahan lalu lintas dikeluarkan serta sembilan kenderaan ditunda.

Menurutnya, operasi dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang di kawasan berkenaan.

“Hasil operasi, sebanyak 96 notis kesalahan lalu lintas dikeluarkan, sembilan kenderaan ditunda dan 17 warga asing ditahan oleh agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di sebuah premis ketika operasi bersepadu di sekitar Bandar Sunway, Subang Jaya. Foto Facebook MBSJ

MBSJ memaklumkan pemeriksaan turut dijalankan terhadap premis perniagaan dengan tindakan penguatkuasaan diambil bagi kesalahan yang dikenal pasti.

"Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pematuhan syarat pelesenan, kebersihan premis perniagaan, peraturan lalu lintas serta aspek ketenteraman awam," katanya.

Menurut MBSJ, operasi itu merupakan kesinambungan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan di kawasan pentadbirannya.

"Operasi bersepadu akan terus dipergiat secara konsisten dan menyeluruh, selain menggalakkan kerjasama masyarakat dalam memastikan pematuhan undang-undang serta kesejahteraan persekitaran," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.