MPHS peruntuk RM2.9 juta laksana kerja stabil cerun di Pangsapuri Kenanga

23 Nov 2026, 12:00 PM
MPHS peruntuk RM2.9 juta laksana kerja stabil cerun di Pangsapuri Kenanga
MPHS peruntuk RM2.9 juta laksana kerja stabil cerun di Pangsapuri Kenanga

SHAH ALAM, 23 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membelanjakan RM2.9 juta bagi kerja-kerja penstabilan cerun di Pangsapuri Kenanga, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

MPHS memaklumkan, projek tersebut dijalankan susulan kejadian tanah runtuh pada 22 April 2025 di kawasan pangsapuri melibatkan kegagalan cerun dengan ketinggian kira-kira 14 meter dan kelebaran sekitar 40 meter.

“Antara skop utama kerja-kerja penstabilan yang dilaksanakan termasuk pembentukan semula cerun, pembinaan Rock Toe, kerja penambakan tanah dan pemasangan Geogrid, serta pembinaan sistem saliran bawah tanah.

“Keseluruhan komponen kejuruteraan ini dirancang bagi meningkatkan kestabilan cerun, mengawal aliran air permukaan serta mengurangkan risiko hakisan dan ketepuan tanah yang boleh menjejaskan kestabilan kawasan berkenaan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, majlis penyerahan projek tersebut disempurnakan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad, dan turut dihadiri Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin.

Sementara itu, Saifuddin merakamkan penghargaan kepada MPHS serta agensi pelaksana IKRAM Engineering Services Sdn Bhd yang berjaya merealisasikan pembinaan struktur penstabilan cerun, sistem saliran serta kerja-kerja pemulihan di kawasan terjejas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pangsapuri Kenanga atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan dilaksanakan.

“Semoga projek ini memberikan kelegaan kepada penduduk, agar dapat tinggal dalam suasana tenang tanpa dibayangi kebimbangan terhadap keselamatan keluarga dan tempat tinggal,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.