Ribut petir, hujan lebat diramal landa lapan daerah di Selangor

18 Nov 2026, 7:40 AM
Ribut petir, hujan lebat diramal landa lapan daerah di Selangor

SHAH ALAM, 18 NOV: Lapan daerah di Selangor diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat ialah Gombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor, Klang dan Sabak Bernam.

Menurutnya, amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Perlis, Kedah dan Melaka, selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut terlibat, selain beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.