Selangor rekod 15,554 kes jangkitan pernafasan dari Ogos hingga Oktober 2025

23 Nov 2026, 6:00 AM
Selangor rekod 15,554 kes jangkitan pernafasan dari Ogos hingga Oktober 2025
Selangor rekod 15,554 kes jangkitan pernafasan dari Ogos hingga Oktober 2025
Selangor rekod 15,554 kes jangkitan pernafasan dari Ogos hingga Oktober 2025

SHAH ALAM, 23 NOV: Sebanyak 15,554 kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) direkodkan di enam fasiliti sentinel jerebu di Selangor bagi tempoh Ogos hingga Oktober tahun lalu.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata sebanyak 2,305 kes asma dan 592 kes konjunktivitis atau keradangan mata turut dicatatkan dalam tempoh sama.

Menurutnya, Klinik Kesihatan (KK) Kota Damansara merekodkan kes URTI tertinggi dengan 4,525 kes, manakala KK Seksyen 7 Shah Alam mencatatkan kes asma dan konjunktivitis tertinggi, masing-masing 1,053 dan 173 kes.

“Bagaimanapun, data ini hanya melibatkan fasiliti sentinel yang dipantau dan tidak mewakili keseluruhan kes bagi setiap daerah atau negeri Selangor.

“Pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) tiada perancangan khusus untuk menyedia pusat kesihatan bergerak di kawasan terjejas akibat jerebu,” katanya.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menjawab soalan ketika Sidang Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 23 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei berhubung kes respiratori dan penyakit berkaitan jerebu mengikut daerah bagi tempoh Ogos hingga Oktober pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jamaliah memaklumkan fasiliti sentinel melibatkan lima klinik kesihatan, iaitu KK Seksyen 7 Shah Alam, KK Kota Damansara, KK Pandamaran, KK Telok Datok dan KK Kuala Selangor memantau ketiga-tiga penyakit tersebut manakala Hospital Shah Alam memantau kes asma sahaja.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata Kerajaan Negeri memandang serius kejadian pencemaran jerebu rentas sempadan yang kerap berulang saban tahun dan menyokong pendekatan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan diplomatik secara tegas dan proaktif melalui hubungan dua hala dengan negara jiran serta mekanisme kerjasama ASEAN.

"Ini bagi memastikan tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di kawasan punca. Keberkesanan kerjasama di peringkat Persekutuan ini juga akan diperkukuh di peringkat Negeri melalui tindakan nyata oleh agensi terlibat mencegah pembakaran terbuka, memperkukuh penguatkuasaan.

"Ia juga memastikan pemadaman segera dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi terutama di tanah gambut," katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.