Perpustakaan Awam Selangor @Greenwood sedia ruang pembelajaran interaktif AI untuk kanak-kanak

21 Nov 2026, 4:05 AM

GOMBAK, 21 NOV: Perpustakaan Awam Selangor @Greenwood, Gombak menyediakan kemudahan pembelajaran lebih interaktif termasuk ruang pendedahan asas kecerdasan buatan (AI) kepada kanak-kanak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu mencerminkan usaha Kerajaan Negeri untuk memperluas fungsi perpustakaan sebagai pusat pendidikan sepanjang hayat, bukan sekadar tempat membaca dan meminjam buku.

Jelas beliau, pusat ilmu yang dinaik taraf dengan kos RM1.7 juta itu mula beroperasi pada Julai lalu sekali gus menjadikannya perpustakaan keempat dibuka dalam daerah Gombak.

"Antara cita-cita kita adalah menjadikan perpustakaan sebagai tempat pendidikan sepanjang hayat. Kita mahu memasukkan elemen pendidikan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa, termasuk asas AI, pengacaraan dan reka bentuk.

"Jadi, pembelajaran bukan hanya berlangsung di sekolah atau universiti, tetapi turut diperluas ke lokasi awam seperti perpustakaan yang dekat dengan komuniti," katanya kepada media selepas merasmikan perpustakaan berkenaan hari ini. Hadir sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata pihaknya turut memberi perhatian kepada penyediaan ruang selamat dan bermanfaat untuk kanak-kanak mengisi masa lapang di perpustakaan yang dikenali sebagai transit.

Menerusi kerjasama dengan Adaptive Garage, kanak-kanak di beberapa kawasan perumahan termasuk PPR Lembah Subang dan Kota Damansara berpeluang mengikuti aktiviti pembangunan kemahiran dengan bantuan sukarelawan.

Menurutnya, antara kemahiran diperkenalkan termasuk menggunting rambut dan pengurusan kewangan sebagai pendedahan awal kepada kemahiran kehidupan.

“Ketika ini kita mempunyai 105 perpustakaan dan kita sasarkan jumlah itu meningkat kepada 120 menjelang tahun depan bagi memperluas akses masyarakat terhadap kemudahan pembelajaran,” katanya lagi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.