RTB Sungai Binjai berjaya kurangkan risiko banjir, PPS hanya dibuka sekali tahun ini

19 Nov 2026, 3:14 PM
RTB Sungai Binjai berjaya kurangkan risiko banjir, PPS hanya dibuka sekali tahun ini
RTB Sungai Binjai berjaya kurangkan risiko banjir, PPS hanya dibuka sekali tahun ini
RTB Sungai Binjai berjaya kurangkan risiko banjir, PPS hanya dibuka sekali tahun ini

SHAH ALAM, 19 NOV: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Binjai yang selesai dilaksanakan berjaya mengurangkan risiko banjir di kawasan itu apabila hanya sekali pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kebiasaan sebelum ini PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dibuka sekurang-kurangnya dua kali setahun, malah pernah mencecah empat hingga lima kali dalam tempoh setahun.

“Ini adalah pembukaan PPS SK Sungai Binjai kali pertaa untuk tahun 2026 berbanding sebelum ini, apabila minimum dua kali PPS ini dibuka, manakala tahun lalu sebanyak empat kali.

“Biasanya di sini akan menempatkan hampir 400 mangsa secara keseluruhan daripada lebih 100 keluarga, tetapi kali ini hanya sekitar 42 keluarga yang terkesan kerana projek RTB Sungai Binjai telah selesai dilaksanakan.

“Ini contoh bagaimana projek RTB kita dapat mengurangkan kesan banjir walaupun masih berlaku di beberapa lokasi dan kawasan,” katanya pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di PPS SK Sungai Binjai di sini, hari ini.

Amirudin berkata kejayaan projek RTB itu membuktikan keberkesanan usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan impak banjir, meskipun limpahan air masih berlaku di beberapa lokasi.

“Limpahan air masih berlaku di beberapa lokasi dan mengambil sedikit masa untuk surut berikutan faktor air pasang yang menyebabkan fenomena banjir termenung,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Kerajaan Negeri sedang mendapatkan angka terkini daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penambahan bantuan kepada mangsa banjir memandangkan bantuan yang diumumkan sebelum ini belum diterima sepenuhnya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.