Selangor Urban Observatory perkukuh perancangan bandar berasaskan data

18 Nov 2026, 5:14 AM
Selangor Urban Observatory perkukuh perancangan bandar berasaskan data

PETALING JAYA, 18 NOV: Selangor Urban Observatory (SUO) menjadi platform strategik Kerajaan Negeri untuk memperkukuh perancangan pembangunan bandar berasaskan data, sekali gus membantu pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim berkata platform yang dibangunkan PLANMalaysia Selangor itu mengintegrasikan data bandar dan reruang bagi membolehkan pemantauan pembangunan dilakukan secara lebih menyeluruh, selain mengenal pasti keperluan setiap kawasan.

Menurutnya, SUO berjaya dibangunkan secara dalaman dalam tempoh hanya tiga bulan, merangkumi 18 papan pemuka pembangunan, empat peta cerita (story map) dan sebuah 3D Geoportal.

EXCO Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim berucap pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2026 di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 17 November 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

“Kita (pentadbiran Selangor) bukan sekadar mahu mengumpul data, tetapi memastikan data diterjemahkan kepada keputusan yang tepat dan tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kemudahan ini juga diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh jabatan, agensi dan PBT bagi meningkatkan kecekapan perancangan serta membantu menangani pelbagai isu perbandaran,” katanya.

Berucap pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2026 di Hotel Hilton Petaling Jaya, semalam, Suee Lim berkata penggunaan teknologi dalam perancangan bandar perlu memberi nilai tambah kepada kehidupan rakyat, bukan sekadar memenuhi tuntutan kemodenan.

Sehubungan itu, pembangunan SUO menjadi antara langkah memperkukuh agenda Negeri Pintar Selangor, selain usaha menerusi penyediaan Blueprint Smart City Negeri Selangor 2.0 (2040).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.