JPS Selangor pasang tiga pam bergerak kurangkan risiko banjir Klang

15 Nov 2026, 3:00 PM
JPS Selangor pasang tiga pam bergerak kurangkan risiko banjir Klang
JPS Selangor pasang tiga pam bergerak kurangkan risiko banjir Klang
JPS Selangor pasang tiga pam bergerak kurangkan risiko banjir Klang
JPS Selangor pasang tiga pam bergerak kurangkan risiko banjir Klang

SHAH ALAM, 15 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor selesai memasang sebuah pam bergerak berkapasiti 280 liter sesaat (l/s) di WCE Underpass, Klang petang tadi.

Pengarah JPS Selangor, Dato’ Ir. Mohd Nazri Yasmin berkata pemasangan pam itu bertujuan mengalirkan air dari Persimpangan Bukit Raja ke Sungai Rasah, sekali gus mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

“Kerja pemasangan pam bergerak selesai pada jam 7.30 malam tadi. Pengujian operasi juga telah selesai dijalankan dan pam berfungsi dengan baik.

“Pam kini berada dalam keadaan siap siaga untuk dioperasikan di tapak.

“Selain itu, dua unit pam bergerak berkapasiti keseluruhan 20 cusec atau 560 l/s sedang dipasang di Persimpangan Bukit Raja bagi mengalirkan air dari kawasan Bandar Baru Klang ke Kolam L, bersebelahan Lebuhraya Selat Klang, bertentangan pusat beli-belah AEON Bukit Raja.

“Pemasangan pam dijangka selesai sekitar jam 12 tengah malam ini,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata JPS sentiasa memastikan komponen mekanikal dan elektrikal, termasuk pam bergerak, berfungsi dengan sempurna bagi mengurangkan impak banjir.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Dato’ Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya setakat ini hanya menerima laporan kejadian banjir kilat di sekitar i-City dan Seksyen 7, Shah Alam.

“Saya sedang mendapatkan pengesahan status terkini daripada Bahagian Operasi. Mohon semak dan laporkan segera sekiranya terdapat kejadian lain di kawasan lain,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.