Mangsa banjir Selangor menurun, 398 keluarga berlindung di tujuh PPS

15 Nov 2026, 2:27 AM
Mangsa banjir Selangor menurun, 398 keluarga  berlindung di tujuh PPS

SHAH ALAM, 15 NOV: Jumlah mangsa banjir di Selangor menurun kepada 1,493 orang daripada 398 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,511 mangsa daripada 405 keluarga petang semalam.

Kesemua mangsa masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Selangor, menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 433 orang, diikuti SK Dato’ Maharaja Lela (391) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (303).

Empat lagi PPS ialah Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah yang menempatkan 131 mangsa, Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (114), SRA Batu 8 Ijok (71) dan Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam (50).

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak meningkat kepada 293 orang daripada 85 keluarga, berbanding 227 mangsa daripada 66 keluarga petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menempatkan 199 mangsa daripada 60 keluarga.

Selebihnya, 94 mangsa daripada 25 keluarga berlindung di PPS SK Khir Johari.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut meramalkan ribut dari pagi hingga malam di beberapa kawasan di Perak, melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kinta serta Kampar.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.