Banjir Selangor: 1,301 mangsa berlindung di sembilan PPS pagi ini

13 Nov 2026, 1:50 AM

SHAH ALAM, 13 NOV: Seramai 1,301 mangsa banjir di Selangor daripada 350 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9.30 pagi ini.

Dua daerah terjejas iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor dengan jumlah mangsa meningkat 121 orang berbanding 1,180 orang yang direkodkan jam 5 petang semalam.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor merekodkan 1,288 orang membabitkan 345 keluarga di enam PPS.

Hulu Selangor mencatatkan 13 orang daripada lima keluarga di sebuah PPS yang dibuka semalam.

Sementara itu, Perak merekodkan 288 mangsa daripada 83 keluarga di dua PPS melibatkan satu daerah iaitu Hilir Perak, berbanding 306 mangsa daripada 88 keluarga direkodkan jam 5 petang semalam.

Di Sarawak, jumlah mangsa direkodkan 36 orang pagi ini, meningkat seorang berbanding semalam 35 orang membabitkan enam keluarga di daerah Kuching dan Miri.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.