Banjir, tanah runtuh Selangor: 1,402 mangsa masih berlindung di PPS

15 Nov 2026, 12:00 PM

SHAH ALAM, 15 NOV: Seramai 1,382 mangsa banjir daripada 367 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor setakat 7.12 malam ini.

Berdasarkan data Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di daerah itu mula direkodkan pada 5 November lalu, membabitkan tiga mukim.

Sebanyak enam PPS masih beroperasi bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, seramai 20 mangsa daripada lima keluarga turut ditempatkan di sebuah PPS di Gombak susulan kejadian tanah runtuh.

Menurut data JKM yang dikemas kini pada 12 November, kejadian tanah runtuh di daerah itu mula direkodkan pada 29 Oktober lalu dan membabitkan satu mukim.

Secara keseluruhan, rekod berkenaan menunjukkan dua daerah di Selangor masih mempunyai PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.