Surau adakan solat Jumaat tanpa kebenaran, 123 individu dikenakan tindakan - JAIS

14 Nov 2026, 3:07 PM
Surau adakan solat Jumaat tanpa kebenaran, 123 individu dikenakan tindakan - JAIS

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 123 individu dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas disyaki terbabit dalam penganjuran solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama di sebuah surau di Kampung Baru Subang, semalam.

Tindakan itu diambil menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan JAIS, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah JAIS, Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tindakan terhadap kesemua individu terbabit atas kesalahan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.

Terdahulu, JIM Selangor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasi bersepadu itu dijalankan di sekitar Kampung Baru Subang, termasuk pemeriksaan di sebuah surau yang disyaki mengadakan solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama.

“Dalam operasi tersebut, pihak JAIS telah mengambil tindakan terhadap seramai 123 individu atas kesalahan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.

“Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan imigresen yang dijalankan oleh JIM Selangor mendapati tiada kesalahan imigresen dilakukan oleh individu yang diperiksa di lokasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.