Belanjawan Selangor 2027: Apa rakyat dapat?

14 Nov 2026, 12:00 AM
Belanjawan Selangor 2027: Apa rakyat dapat?

SHAH ALAM, 14 NOV: Belanjawan Selangor 2027 terus menumpukan usaha meringankan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai bantuan kewangan dan latihan.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sehingga RM300 sebulan dan subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan antara manfaat disediakan, selain penerusan program kesihatan dan pendidikan.

Usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat turut merangkumi peruntukan RM36.45 juta bagi 47 projek tebatan banjir, di samping bantuan penjagaan anak serta sokongan kepada golongan rentan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu ketika membentangkan belanjawan berjumlah RM3.3 bilion di Dewan Negeri Selangor pada 13 November.

Berikut antara manfaat yang diumumkan:

BANTUAN KELUARGA DAN KOS SARA HIDUP

1. BINGKAS

- RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bawah 18 tahun.
- RM150 sebulan bagi 10,000 individu rentan dalam kategori ditetapkan.
- Penggunaan MyKad sebagai medium transaksi dilaksanakan secara berfasa.

2. Skim Air Darul Ehsan (SADE)

- Bekalan air percuma 20 meter padu sebulan kepada penerima layak.
- Peruntukan RM20 juta, dengan baki kos ditanggung Pengurusan Air Selangor.

3. MamaKerja

- Bantuan kos penjagaan anak kepada wanita bekerja diteruskan.
- Peruntukan RM5 juta pada 2027.

TEBATAN BANJIR DAN KEMUDAHAN ASAS

4. Projek tebatan banjir

- RM36.45 juta bagi portfolio 47 projek tebatan banjir bawah JPS.
- RM19.38 juta bagi 25 projek sistem saliran.
- RM17.90 juta bagi 16 projek pembangunan dan pengurusan lembangan sungai.
- RM6.63 juta bagi sembilan projek saliran mesra alam.
- Papan pemuka awam disediakan bagi membolehkan penduduk menyemak kemajuan projek.

5. Jaminan bekalan air

- RM559 juta bagi program penggantian paip usang.
- RM120.8 juta bagi pengurangan air tidak berhasil.
- RM209.2 juta bagi keterhubungan grid air.
- Projek Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa Dua bernilai RM479 juta

INSENTIF BAHARU DAN DITAMBAH BAIK

6. Baucar Kita Selangor Gig

- RM100 sebulan atau RM1,200 setahun kepada 5,000 anak Selangor yang bekerja sebagai penunggang p-hailing.
- Turut merangkumi latihan teknologi dan pendedahan kepada peluang industri baharu.
- Kos pelaksanaan RM10 juta termasuk latihan.

7. Program BAIK Selangor

- Bantuan baik pulih asas kediaman antara RM5,000 hingga RM10,000 mengikut tahap kerosakan dan keperluan.
- Sasaran 1,000 kediaman di bandar dan luar bandar.
- Anggaran keperluan dana RM10 juta, dengan pelaksanaan dicadangkan melalui Yayasan Mesra Selangor dan kerjasama pihak berkaitan.

8. Akses kecerdasan buatan (AI)

- Akses Gemini Enterprise selama setahun kepada 50,000 rakyat Selangor.
- Latihan dalam talian dan bersemuka dengan kerjasama STDC dan Google.
- Peruntukan RM12 juta.

9. SEL 30

- Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan.
- Sasaran 13,000 pengguna.
- Peruntukan RM5 juta.

10. Bas Kita Selangor

- Bas Smart Selangor dijenamakan semula sebagai Bas Kita Selangor.
- Penambahbaikan laluan, kekerapan perkhidmatan dan hubungan dengan stesen rel.
- Peruntukan RM12 juta.

11. Laptop Kita Selangor

- Sebanyak 8,400 komputer riba untuk anak Selangor.
- Sebanyak 150 unit diperuntuk untuk setiap DUN dengan anggaran kos RM2,000 seunit.
- Peruntukan RM16.8 juta.

12. Baucar Buku Kita Selangor

- Baucar RM200 kepada mahasiswa Selangor dan pelajar prauniversiti di Kolej Tingkatan Enam.
- Sasaran 2,000 penerima.
- Peruntukan RM400,000.

13. Insentif lesen penyelenggaraan pesawat

- RM5,000 seorang kepada 50 individu yang berjaya memperoleh Lesen Penyelenggaraan Pesawat (AML) di bawah CAAM.
- Peruntukan RM150,000, dengan baki pembiayaan ditanggung bersama Invest Selangor Berhad.

KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

14. Program kesihatan awam

Peruntukan RM38 juta bagi pelbagai program, termasuk:

- Iltizam Selangor Sihat – RM20 juta.
- Bantuan Sihat Selangor – RM5 juta.
- Skim Rawatan Jantung – RM5 juta.
- Selangor Saring termasuk saringan kanser – RM2.2 juta.
- Rawatan penyakit tibi – RM1 juta.
- Ambulans Kita Selangor – RM1 juta.
- Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam – RM1 juta.

15. Bantuan Peralatan Penjagaan

- Bantuan peralatan sehingga RM2,000 bagi setiap penerima berdasarkan pelaksanaan sedia ada.
- Membantu keluarga yang menjaga warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ahli keluarga uzur.
- Peruntukan meningkat kepada RM500,000 pada 2027.

16. TASKA di Tempat Kerja dan Pusat Jagaan Warga Emas

- Perluasan kemudahan penjagaan anak di tempat kerja dan pembangunan Pusat Jagaan Warga Emas Kita Selangor.
- Peruntukan RM5 juta melalui Tabung Amanah Negeri Selangor.

17. IMPAK Selangor dan latihan penjaga

- RM2 juta bagi inisiatif IMPAK Selangor.
- RM500,000 bagi Program Pemerkasaan Kompetensi Penjaga Tidak Formal.

PENDIDIKAN DAN ANAK SELANGOR

18. Program Nutrisi Selangor (NutriSEL)

- Sarapan atau makan tengah hari percuma kepada 100,000 murid sekolah rendah dan menengah.
- Dua kali seminggu, dijangka bermula April 2027.
- Anggaran kos RM24 juta melalui peruntukan kolektif PBT dan anak syarikat.

19. Iltizam Anak Selangor

- Simpanan RM500 menerusi akaun SSPN Prime.
- Sasaran 30,000 anak Selangor.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima mencapai umur 18 tahun.

20. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

- RM1,500 kepada 21,484 ahli TAWAS yang mencapai umur 18 tahun pada 2027.
- Peruntukan RM32.226 juta.

21. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

- Bantuan RM50 sebulan kepada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah yang mempunyai anak berumur lima hingga enam tahun.
- Peruntukan RM2 juta.

22. Tuisyen Rakyat Selangor dan Didik Kasih

- Kelas tuisyen dan program pemulihan pembelajaran diteruskan.
- Subjek Matematik diperluas kepada pelajar Tingkatan Tiga.
- Peruntukan RM13 juta, (RM6 juta negeri, RM7 juta MBI Selangor).

23. Hadiah Pengajian IPT

- Bantuan RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa yang menerima tawaran universiti awam atau swasta.
- Peruntukan RM5 juta.

24. Hadiah Pengajian Anak Selangor Timur Tengah

- Peruntukan RM3 juta bagi membantu anak Selangor yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah.

25. Biasiswa dan pembiayaan pendidikan

- RM15 juta bagi pembiayaan pendidikan mahasiswa.
- RM1 juta bagi Selangor BITARA.

26. Kelas Bahasa Ketiga Percuma

- Program Language Discovery diteruskan dengan pembelajaran bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Rusia.
- Peruntukan RM500,000.

27. Program SPARK

- Sasaran 500 graduan dan mahasiswa menjalani latihan amali di agensi negeri, anak syarikat dan PBT.
- Penambahbaikan elaun melalui pembiayaan perbezaan bayaran oleh kerajaan negeri.
- Peruntukan RM1.5 juta.

28. Program Pertukaran Pelajar Cemerlang

- Program pertukaran pelajar ke Jepun diperkenalkan.
- Dijangka memberi manfaat kepada sehingga 200 pelajar sekolah di Selangor.

PERUMAHAN DAN KEDIAMAN

29. Skim Smart Sewa dan S2-OWN

- Cadangan pembelian tambahan 200 unit kediaman menggunakan peruntukan sedia ada RM62.1 juta.
- Projek perintis S2-OWN melibatkan 44 unit di Pangsapuri Rima Riang, Petaling Jaya, pada harga RM42,000 seunit.

30. Skim CERIA

- Peruntukan meningkat kepada RM10 juta dengan sasaran 30 projek baik pulih dan penyelenggaraan harta bersama.
- RM2 juta bagi Program Rewang Komuniti Strata.
- RM1 juta bagi Program Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera.

31. Bantuan Rumah Kita Selangor

- RM3 juta bagi pembinaan baharu dan baik pulih rumah daif untuk keluarga layak.
- RM1 juta dikhususkan kepada masyarakat Orang Asli.

32. Dana Strata Selangor

- Sasaran menyelesaikan 10 projek melibatkan 3,032 unit kediaman.
- Anggaran perbelanjaan RM5.59 juta.

PENGANGKUTAN

33. Laluan pejalan kaki baharu

- Penambahan laluan pejalan kaki sepanjang 35 kilometer di seluruh Selangor.
- Memudahkan akses ke stesen pengangkutan awam dan pusat tumpuan.

MANFAAT LAIN

34. Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar

- Pengurangan cukai taksiran kepada pemilik kediaman yang memenuhi syarat amalan hijau.
- Diteruskan di 12 PBT.
- Peruntukan keseluruhan RM5.5 juta ditanggung PBT masing-masing.

35. Bantuan PIBG dan prasarana sekolah

- RM1 juta bagi Bantuan PIBG Kita Selangor.
- RM500,000 bagi pemasangan CCTV di sekolah agama.
- RM2 juta bagi baik pulih sekolah KAFA Integrasi.

36. Elaun guru KAFA

- Cadangan kenaikan RM200 sebulan, daripada RM1,500 kepada RM1,700 mulai Januari 2027.

37. Bantuan jemaah haji

- RM1.2 juta bagi Tajaan Haji Muassasah.
- RM6 juta bagi Insentif Muassasah Haji.

38. Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor

- Bantuan dua bulan gaji atau elaun dengan bayaran minimum RM1,000.
- Dijadualkan dibayar pada 21 Disember 2026.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.