50 basikal roda tiga dilupus MBSJ selepas setahun tidak dituntut

26 Okt 2026, 10:00 AM

SHAH ALAM, 26 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melupuskan 50 basikal roda tiga yang tidak dituntut pemilik selepas tamat tempoh penyimpanan selama setahun.

MBSJ memaklumkan basikal berkenaan adalah antara kenderaan yang disita menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan pihak berkuasa tempatan itu sebelum ini.

"Sebanyak 118 kenderaan roda tiga disita di kawasan pentadbiran MBSJ, membabitkan 62 motosikal roda tiga dan 56 basikal roda tiga sepanjang tahun 2025.

"Daripada jumlah itu, 50 basikal roda tiga tidak dituntut pemilik sehingga tamat tempoh penyimpanan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Proses pelupusan itu berlangsung di perkarangan Perpustakaan Hipermedia Bandar Puteri, Puchong dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

MBSJ berkata pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan operasi penguatkuasaan bagi menangani penyalahgunaan ruang awam serta aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

"Usaha itu bertujuan memastikan persekitaran bandar kekal selamat, teratur dan kondusif untuk komuniti setempat," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.